SEKIRANYA ANDA INGIN KONGSIKAN BLOG ANDA UNTUK RUJUKAN BERSAMA SILA E-MAIL KATEGORI BLOG / TAJUK BLOG / URL BLOG ANDA KEPADA signintopost@gmail.com DAN BLOG ANDA AKAN DISIARKAN DALAM BLOGSPOT INI DENGAN SISTEM 'VIRAL ADVERT' SECARA MENYELURUH AKAN MENARIK RAMAI PELAWAT MENGUNJUNGI BLOG ANDA DARI SELURUH DUNIA DAN JADIKAN BLOG ANDA POPULAR - SEKIRANYA ANDA INGIN KONGSIKAN BLOG ANDA UNTUK RUJUKAN BERSAMA SILA E-MAIL KATEGORI BLOG / TAJUK BLOG / URL BLOG ANDA KEPADA signintopost@gmail.com DAN BLOG ANDA AKAN DISIARKAN DALAM BLOGSPOT INI DENGAN SISTEM 'VIRAL ADVERT' SECARA MENYELURUH AKAN MENARIK RAMAI PELAWAT MENGUNJUNGI BLOG ANDA DARI SELURUH DUNIA DAN JADIKAN BLOG ANDA POPULAR - SEKIRANYA ANDA INGIN KONGSIKAN BLOG ANDA UNTUK RUJUKAN BERSAMA SILA E-MAIL KATEGORI BLOG / TAJUK BLOG / URL BLOG ANDA KEPADA signintopost@gmail.com DAN BLOG ANDA AKAN DISIARKAN DALAM BLOGSPOT INI. DENGAN SISTEM 'VIRAL ADVERT' SECARA MENYELURUH AKAN MENARIK RAMAI PELAWAT MENGUNJUNGI BLOG ANDA DARI SELURUH DUNIA DAN JADIKAN BLOG ANDA POPULAR

Musuh No. 1 Komputer

BAIK PULIH KOMPUTER ANDA SENDIRI
BELAJAR BASMI VIRUS DAN SPYWARE
KOMPUTER ANDA SEMAKIN PERLAHAN
PERJALANANNYA LEMBAP DAN SELALU TERGANTUNG OPERASI
FAIL ANDA SELALU HILANG
PROGRAM-PROGRAM TIDAK BOLEH DIJALANKAN
RUANG CAKERA SEMAKIN PENUH
INTERNET JADI PERLAHAN DAN TIDAK BERFUNGSI LAGI
ANDA KERAP HANTAR KOMPUTER KEKEDAI UNTUK FORMAT

CEGAH SEMUA MASALAH INI SEKARANG
BAIK PULIH KOMPUTER ANDA SENDIRI
DAN JIMAT BERATUS RINGGIT
BELAJAR BAGAIMANA MENGEMBALIKAN PRESTASI KOMPUTER ANDA
KEPADA KEADAAN SEDIAKALA
BELAJAR BAGAIMANA MEMERANGI LIMA MUSUH UTAMA KOMPUTER
VIRUS, SPYWARE, TROJAN, WORM DAN HACKERS
BELAJAR BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PERJALANAN KOMPUTER ANDA
BELAJAR BAGAIMANA MELINDUNGI KOMPUTER ANDA DARI
HACKERS DENGAN FIREWALL

Pada ketika komputer anda baru, ia berjalan sungguh pantas dan lancar. Kini setelah beberapa bulan atau tahun, anda rasakan komputer anda semacam tidak bermaya lagi. Ramai pengguna menganggap punca perkara ini berlaku adalah kerana komputer sudah 'lama'. Hakikat sebenarnya ialah TIDAK ADA SEBAB mengapa komputer berusia 5 tahun tidak boleh berfungsi secepat dan selancar ketika ianya baru dipasang. Komputer bukannya seperti kereta yang komponennya boleh haus dan rosak serta menjadi kurang cekap beroperasi. Didalam sistem komputer, kecuali cakera keras dan kipas tidak ada komponen lain yang bergerak. Jadi mengatakan punca komputer menjadi perlahan adalah kerana ianya sudah lama hanya setelah beberapa tahun penggunaannya adalah amat tidak benar.
Jadi apakah punca masalah komputer seperti diatas?
Jawapannya adalah virus dan spyware. Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang memperlahankan dan merosakkan perjalanan komputer anda. Didalam kategori virus dan spyware juga termasuk perisian lain yang sering kita dengar seperti worm dan trojan. Semua perisian-perisian ini merupakan punca utama mengapa komputer anda mengalami semua masalah yang disenaraikan diatas.

Namun berita baiknya ialah masalah ini boleh diatasi. Ramai pengguna terpedaya dengan 'nasihat' pekedai komputer bahawa satu-satunya jalan menyelesaikan masalah ini adalah menformat komputer. Lebih teruk dari itu ada pula yang termakan 'nasihat' pekedai dan menukarkan atau "upgrade" hard disk baru dengan kos beratus ringgit. Hasilnya komputer berjalan lancar untuk beberapa bulan. Selepas itu komputer mula lembap kembali dan buat hal lagi. Akhirnya ramai pengguna berasa serik akan tiada kesudahan masalah komputer mereka dan mengabaikan komputer mereka atau menggunakannya dalam keadaan yang kurang menyenangkan.
Sebenarnya anda tidak perlu berbelanja besar atau bersusah payah menggunakan komputer anda separuh kapasitinya. Dengan mengamalkan langkah-langkah penjagaan dan pembasmian yang betul, anda boleh kembalikan prestasi komputer anda kepada keadaan sediakala. Tidak perlu format. Tidak perlu upgrade. Tidak perlu belanja beratus ringgit untuk berbuat demikian.

e-Book BELAJAR BASMI VIRUS DAN SPYWARE mengajar semua yang perlu anda tahu berkenaan virus dan spyware - musuh No. 1 komputer. Anda akan belajar mengenali perbezaan setiap satu musuh ini dan bagaimana mereka menyerang komputer anda.

Anda juga belajar bagaimana hendak membasmi semua musuh-musuh ini dari komputer anda. Kepakaran yang akan anda perolehi boleh anda gunakan untuk menjaga komputer anda dalam keadaan baik selalu. Hasilnya ialah anda akan menikmati pengalaman perkomputeran yang jauh lebih memuaskan, menyeronokkan dan produktif. Anda akan boleh gunakan komputer dengan lancar untuk menyiapkan tugasan yang sekian lama tergendala. Tidak perlu lagi anda bergelut dengan berbagai masalah komputer. Anda juga akan dapati tidak perlu untuk hantar komputer kekedai lagi semata-mata untuk diformat atau dinaik taraf (upgrade).Anda akan jimat beratus ringgit yang boleh digunakan untuk tujuan lain.


10 CARA PENGGUNA MEROSAKKAN KOMPUTER

Kita semua membuat perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sekali-sekala; pengguna komputer juga tidak terkecuali. Kadangkala jika kita tertekan butang yang salah atau klik butang OK dikotak dialog yang salah kemungkinan besar kita akan menukarkan setting komputer atau pun merosakkan perisian penting dalam komputer.

Ramai pengguna sering khuatir bahawa suatu tindakan salah akan merosakkan komputer mereka. Bagi memberikan kesedaran, berikut disenaraikan sepuluh kesilapan yang lazim dilakukan oleh pengguna yang boleh merosakkan komputer.

  • Tidak mengguna pelaras voltan automatik.
Ini merupakan salah satu tindakan yang boleh merosakkan komputer secara fizikal. Ramai yang berfikir bahawa komputer hanya dalam bahaya ketika ribut dan kilat, tetapi hakikatnya apa-apa yang mengganggu litar elektrik boleh menyebabkan peningkatan voltan. Sesuatu semudah membuka suatu peralatan elektrik yang bersambung kepada soket yang sama dengan komputer anda boleh menyebabkan berlakunya peningkatan voltan.

Anda boleh melindungi sistem anda daripada peningkatan voltan. Ini dapat dilakukan dengan memasang pelaras voltan automatik atau automatic voltage regulators (AVR). Supply atau UPS yang berkebolehan memberikan bekalan elektrik berterusan untuk beberapa minit sekiranya bekalan elektrik luar terputus dengan tiba-tiba. Masa tambahan ini dapat membantu anda menyimpan segala kerja yang sedang anda lakukan dan menutup komputer dengan selamat. UPS sudah semestinya lebih mahal dari AVR yang tiada fungsi bekalan berterusan ini.

  • Melayari Internet tanpa pelindungan firewall.
Ramai pengguna komputer rumah menyambung komputer kekebel telefon atau modem DSL dan terus melayari Internet tanpa menyedari bahawa mereka sedang meletakkan komputer mereka dalam risiko diserang virus, spyware atau penggodam (hackers). Setiap komputer yang disambung ke Internet hendaklah dilindungi oleh perisian firewall.

Contoh firewall yang terdapat dipasaran adalah seperti KERIO atau ZONE ALARM. Window juga mempunyai firewall yang sedia ada iaitu ICF/Windows Firewall. Firewall juga amat berguna kerana jika anda menggunakan laptop firewall akan tetap berada dengan anda jikalau anda membawa laptop anda ketempat yang menawarkan perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless). Namun demikian, hanya memiliki firewall sahaja tidak mencukupi. Ia patut dipasang dan diset dengan betul.

e-Book BELAJAR BASMI VIRUS DAN SPYWARE mengajar bagaimana memasang firewall dan bagaimana hendak mengubah settingnya agar memberi perlindungan yang terbaik. e-Book tersebut juga mengajar bagaimana hendak menguji samada firewall anda benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya atau tidak.

  • Tidak mengemas kini program antivirus dan anti-spyware.
Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan pengguna tidak sukakan perisian antivirus. Ianya bukanlah satu perisian produktiviti yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan berbagai jenis dokumen kerja. Antivirus juga boleh menghalang program yang ingin dijalankan dari berfungsi baik. Anda mungkin perlu menyahaktifkan untuk memasang sesetengah perisian dan ianya perlu dikemaskinikan selalu untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya. Pemasangan antivirus juga menyebabkan komputer menjadi berat dan perlahan. Tarikh langganannya amat pendek dan anda sering diminta bayar untuk terus menggunakannya. Apabila pengguna gagal membuat bayaran, antivirus gagal berfungsi dan menjadi satu kemudaratan kepada pengguna.

Namun dalam suasana kini, anda tidak boleh biarkan komputer anda tanpa perlindungan antivirus. Program-program yang dikesan oleh antivirus - yakni virus, trojan, worm dan sebagainya boleh membawa lebih banyak kerosakan dan kerugian masa serta wang berbanding dengan waktu menguruskan antivirus itu sendiri.

Spyware merupakan satu lagi ancaman yang semakin membesar. Program ini akan memasang dirinya kekomputer anda (biasanya tanpa pengetahuan anda) dan mengumpul kesemua data dan maklumat mengenai komputer anda lalu menghantarnya balik kepada pemilik spyware tersebut. Spyware adalah punca nombor satu komputer menjadi perlahan dan lembap. Kebanyakan perisian antivirus tidak mengesan spyware dan oleh itu adalah penting untuk memasang program anti-spyware yang khusus.

Namun ramai yang tertanya-tanya program antivirus dan anti-spyware yang manakah sesuai dan mudah digunakan. Kami ada berita baik! - e-Book BELAJAR BASMI VIRUS DAN SPYWARE memberikan program antivirus dan program anti-spyware yang mempunyai ciri-ciri menarik berikut:
  • Ianya percuma buat selama-lamanya. Anda tidak perlu bayar sesen pun.
  • Ianya original. Bukan cetak rompak. Bukan crack atau hack.
  • Ianya sesuai digunakan dengan semua versi Windows, dari yang lama (Windows 95) kepada yang baru (Windows Xp dan Windows Vista).
  • Ianya amat 'ringan' dan tidak membebankan atau memperlahankan perjalanan sistem komputer anda seperti sesetengah produk antivirus dan anti-spyware jenama atasan.
  • Ia boleh dikemaskinikan dengan cara automatik atau manual. Bagi anda yang ada sambungan Internet. Kedua perisian ini boleh dikemas kini secara automatik setiap kali anda bersambung Internet. Dengan cara ini anda tidak perlu risau dengan pengurusannya. Bagi yang tiada sambungan Internet, anda boleh mengemaskinikan perisian antivirus secara manual. Semua langkah-langkah pengemaskinian dijelaskan secara terperinci.
  • Ia mudah digunakan. Nota membincangkan secara terperinci bagaimana melaraskan semua setting kritikal perisian antivirus dan anti-spyware ini agar mendapat perlindungan dan pembasmian yang terbaik.
  • Ianya berkuasa dan berkesan. Kami sendiri menggunakannya!
Kedua perisian antivirus dan anti-spyware ini dibekalkan secara percuma dengan e-book BELAJAR BASMI VIRUS DAN SPYWARE.

  • Memasang dan membuang program sewenang-wenangnya.
Ramai pengguna amat gemar memasang berbagai jenis perisian freeware dan shareware yang dimuat turun dari Internet. Tidak kurang juga yang membeli perisian-perisian cetak rompak dari pusat membeli belah. Sesetengah orang berpendapat lebih banyak perisian dimuatkan kedalam komputer, maka lebih canggih dan berkuasalah komputer mereka.

Hakikatnya adalah semakin banyak perisian yang anda pasang, semakin besarlah risiko komputer anda dijangkiti virus dan spyware yang akan merosakkan sistem anda. Risikonya adalah lebih besar jika perisian dimuat turun dari lama-laman web yang dicurigai.

Semakin banyak perisian yang dipasang dan dibuang secara berulang akan memperlahankan atau merosakkan sistem komputer anda. Pembuangan program tidak semestinya membuang perisian tersebut secara menyeluruh dan juga tidak membuang sebarang virus dan spyware yang ditanam olehnya. Akibatnya prestasi komputer anda tetap semakin perlahan.

Anda seharusnya hanya memasang perisian yang betul-betul anda perlukan. Anda juga seharusnya mengurangkan pemasangan dan pembuangan program.

  • Menyimpan cakera keras yang penuh.
Antara kesan pemasangan perisian yang tidak dipantau adalah ia akan memenuhi cakera keras anda. Setiap komputer dibekalkan dengan cakera keras yang mempunyai kapasiti atau muatan ruang bebas atau free space yang terhad. Setiap kali perisian dipasang, fail dimasukkan kedalam cakera keras. Fail memenuhi ruang bebas cakera; akibat dari ini kapasiti ruang bebas cakera berkurangan. Jika ini tidak dikawal lambat laun komputer anda akan menjadi perlahan. Anda sepatutnya memastikan ruang bebas cakera keras anda tidak menurun kurang dari 10% dari kapasiti asalnya. Ini bermakna jika cakera keras anda adalah 200GB, ruang bebas tidak harus dibenarkan jatuh kebawah paras 20GB.

Anda boleh menggunakan perisian "disk defragmenter" yang dibina didalam Windows Xp (Programs/Accessories/System Tools) atau pun perisian lain. Anda juga boleh gunakan program "Disk Cleanup" yang terdapat didalam Windows untuk mencari dan membersihkan fail-fail yang tidak diperlukan dalam komputer anda dan mendapat kembali ruang bebas cakera.

  • Membuka kesemua lampiran.
Kebanyakan pengguna suka membuka lampiran-lampiran yang dihantar melalui e-mail tanpa menghiraukan bahawa lampiran tersebut kemungkinan besarnya mengandungi virus yang boleh memadamkan kesemua data yang terkandung didalam cakera keras.

Antara lampiran yang paling berbahaya adalah lampiran yang mempunyai sambungan seperti - exe, cmd dan macam-macam lagi. Dahulu kita berasa bahawa fail Microsoft Word dan grafik yang didapati melalui e-mail adalah selamat, tetapi malangnya tidak lagi. Satu fail seperti greatfile.jpg.exe mungkin disangkakan hanyalah gambar grafik atau foto oleh kebanyakan pengguna. Hakikatnya ialah ianya adalah satu program yang mungkin mengandungi virus, trojan atau worm.

  • Klik segala-galanya.
Jika anda jenis orang yang suka klik kesemua benda yang boleh diklik, anda seharusnya memberhentikan tabiat tersebut. Ini kerana lampiran atau link yang diklik mungkin mengandungi kod Active X yang merupakan perisian yang boleh merosakkan sistem anda.

Jika anda tertekan link yang salah ia mungkin membawa anda kelaman web yang mengandungi unsur lucah, cetak rompak dan berbagai lagi yang boleh mengundang masalah buat anda.

  • Berkongsi fail.
Kita dididik dari kecil bahawa amalan berkongsi itu adalah baik. Namun dalam dunia kini bukan semua jenis perkongsian itu adalah baik. Dalam alam siber, berkongsi maklumat peribadi seperti nama, e-mail, alamat rumah, nombor telefon dan lebih teruk lagi nombor pin akaun bank serta kad kredit boleh menyebabkan anda jadi muflis. Semua bentuk maklumat peribadi termasuk fail dokumen peribadi dan kerja anda hanya harus dikongsi dengan mereka yang benar-benar anda percaya dan ada keperluan berbuat demikian.

Walau pun kebanyakan jenis maklumat yang 'dicuri' dari komputer sebenarnya diberikan secara "sukarela" oleh pengguna yang kurang arif berkenaan keselamatan on-line, namun ada juga maklumat yang dicuri oleh penggodam atau 'hackers' tanpa disedari oleh pengguna. Cara terbaik untuk menghindari dari masalah ini adalah dengan memasang perisian Firewall seperti yang diajar dalam e-Book BELAJAR BASMI VIRUS DAN SPYWARE. Perisian Firewall boleh mencegah hackers dari menyambung kepada komputer anda dan mendapat akses kepada maklumat didalamnya.

  • Memilih kata laluan yang salah.
Ini merupakan satu kesilapan yang kerap dilakukan. Apabila menetapkan katalaluan atau password untuk apa jua tujuan, jangan memilih kata laluan yang mudah seperti hari jadi, no KP atau pun nama orang yang tercinta. Kata laluan seharusnya panjang sehingga 14 aksara dan mengandungi campuran huruf dan nombor. Tidak ada salanya anda menggunakan satu atau dua katalaluan sahaja untuk semua tujuan asalkan anda boleh mengingatinya dan ianya tidak mudah diteka. Akhirnya janganlah buat katalaluan begitu rumit atau 'canggih' sehinggakan anda sendiri pun tidak dapat mengingatinya.

  • Tidak membuat fail salinan sandar.
Malang tidak berbau. Komputer seperti juga mesin-mesin yang lain satu hari akan rosak jua. Jika kerosakan ini melibatkan cakera keras, ia boleh menyebabkan anda mengalami kehilangan data atau maklumat secara kekal. Walau pun kebanyakan pengguna tidak banyak menjana data atau maklumat peribadi namun bagi segelintir yang aktif menggunakan komputer untuk tujuan kerjaya atau pendidikan; kehilangan data peribadi yang kekal ini boleh diibaratkan satu malapetaka yang besar. Komputer boleh diperbaiki dan jika perlu diganti dengan yang baru. Segala perisian boleh diisi semula dari CD-ROM atau muat-turun dari Internet. Namun tidak ada sebarang cara untuk anda mendapatkan semula data peribadi anda sekiranya sudah hilang atau rosak secara kekal. Dalam keadaan ini hanya satu perkara sahaja yang boleh menyelamatkan anda - data peribadi yang sudah disandarkan atau backup.

Membuat salinan sandar atau backup copy fail-fail peribadi merupakan aspek penggunaan komputer yang paling kerap diabaikan dan seringkali pengguna terpaksa menanggung kos tinggi untuk kecuaian ini. Dahulu proses membuat salinan sandar atau backup ini mungkin mahal dan mengambil masa yang lama, namun kini ianya sungguh mudah sekali. Bagi kebanyakan pengguna peralatan thumb drive sudah memadai untuk memuatkan salinan segala data peribadi. Ada juga pengguna yang menggunakan dua thumb drive - satu sebagai media storan utama dan yang kedua sebagai media storan sandaran atau backup copy.

Jadi jika anda ada menghasilkan maklumat atau data penting pastikan anda menyimpan salinan sandarnya. Ianya boleh menjadi penyelamat takala mesin anda dilanda kerosakan serius.

Diharap panduan dan tunjuk ajar yang diberikan melalui rencana-rencana ini boleh dimanfaatkan oleh pengguna.


JENIS-JENIS SPYWARE

Spyware adalah penyebab kepada kerosakkan komputer, komputer jadi slow, internet slow dan juga pencuri maklumat atau data. Spyware paling bahaya ialah mencuri data. Ada beberapa jenis spyware yang anda patut kenali, dan semua jenis-jenis ini membawa kepada satu tujuan yang sama iaitu menyusahkan diri kita. Diantaranya ialah :
  • Adware
Ia adalah program yang berada didalam komputer anda, ia hanya menunggu masa untuk anda melayari internet. Selalunya ia terletak pada internet cookies. Adware akan bertindak menghantar popup, popover dan poppunder ads apabila ia mengesan anda berhubung pada internet. Adware digunakan untuk pengiklanan sesetengah syarikat. Ia akan masuk kedalam komputer anda melalui perisian percuma yang tidak boleh dipercayai, dimana perisian itu diperlukan untuk memasuki sesebuah laman web tersebut.
  • Keyloggers
Ia juga dikenali sebagai keybord logger. Ia dicipta untuk mencuri. Keylogger ini akan merekod keystrokes, mengambil kata laluan anda, nombor akaun bank atau maklumat-maklumat peribadi anda. Tugasnya senang, apabila anda log in dalam online banking, ia akan rekod no pin anda atau apabila anda membuka email anda, ia akan rekod kata laluan anda. Ia akan rekod segala-galanya samada anda online atau offline dan semua maklumat akan dihantar kepada pencuri ini tanpa pengetahuan dan keizinan anda.
  • Browser Hijack
Yang ini pula, ia menginstall dirinya sendiri kedalam komputer anda. Ia akan menukar default homepage dalam pelayar web anda dan disablekan untuk setting itu. Setiap kali anda membuka pelayar web anda, ia akan membawa anda kelaman web yang telah diset pada default homepage tadi. Motifnya untuk mempromosikan laman web itu atau pengiklanan.
  • Modem Hijacker
Modem Hijackers merujuk kepada pemanggil. Program ini selalunya datang melalui perisian p2p, mp3 percuma atau laman web porno. Pemanggil ini akan mendapatkan maklumat line telefon anda melalui modem. Ia akan menggunakan line telefon anda untuk membuat panggilan tanpa izin. Selalunya ia digunakan untuk chatting porno. Tanpa disedari bil telefon anda melambung tinggi.


5 CARA VIRUS, SPYWARE, MALWARE 
SERANG KOMPUTER 


  • E-mail
Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang, lebih-lebih lagi email yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja. Ia akan menyerang menyelinap masuk kedalam komputer anda melalui attachment yang disertakan. Anda buka, masuklah dia. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete sahaja.
  • Download
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman web yang menyediakan perkhidmatan download. Kemungkinan besar fail yang anda download itu mempunyai Virus, Spyware dan Malware. Pastikan fail yang anda download itu bukanlah dari tiga benda ini. Jika anda tergolong diantara mereka yang suka mendownload... 
  • Klik Pada Iklan
Sekarang ini banyak iklan yang ada. Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada. Berhati-hati, bukan semua iklan itu benar; dengan hanya mengklik sahaja komputer anda dalam bahaya. Contohnya SmartAntivirus 2009; sila baca artikel mengenai SmartAntivirus2009 ini.
  • Install Program Yang Tidak Boleh Dipercayai
Memasang program seperti perisian aplikasi, games yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program-program ini dari pengeluar yang boleh dipercayai.
  •   Melayari Laman Web Porno
Selalunya kebanyakkan laman web Prono mengandungi banyak spyware. Janganlah anda melayari laman web seperti ini.



Smart Antivirus 2009

Smart Antivirus 2009 boleh dikelaskan atau diketegorikan sebagai anti-spyware yang menipu..Smart antivirus 2009 ini sebenarnya malware yang boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem komputer. SmartAntivirus 2009 memaparkan pop-up seberapa banyak memaksa pengguna PC untuk membeli perkhidmatan mereka.


Mereka memaksa dengan cara memaparkan mesej keselamatan yang menakutkan dimana kononnya komputer anda dijangkiti virus atau spyware yang bahaya dan hanya mendownload SmartAntivirus 2009 sahaja yang mampu membantu anda membuangnya menggunakan versi percubaan mereka.
Setelah user mendownload perisian percubaan, ia akan scan komputer anda dan memaparkan beberapa error pada komputer anda kemudian SmartAntivirus 2009 mempelawa anda untuk membeli full version bagi membaiki error tersebut. Sekiranya pengguna setuju untuk membeli; SmartAntivirus 2009 bukan sahaja tidak baiki error tersebut, bahkan ia akan mengambil duit anda dan akan meng‘install’ spyware kedalam komputer anda.



SmartAntivirus 2009 selalunya menginstall sendiri kedalam PC tanpa izin melalui Vundo Trojan, Trojan Zlob, Virus. Ia bukan saja menyebabkan kerosakkan komputer dan melambatkan komputer malah ia menyebabkan data-data peribadi anda dalam bahaya.
Jadi buanglah SmartAntivirus 2009, secepat mungkin, kami sendiri telah mengalaminya dan terpaksa format semula.

How To Remove SmartAntivirus 2009….?????
Cara mudah dan Disarankan,
Install Antispyware. Dengan sendirinya Perisian Antispyware akan remove SmartAntivirus 2009.
Cara kedua - Restore komputer anda pada tarikh last anda update komputer.
Cara terakhir ini bagi golongan yang mahir, yang tidak mahir boleh mencuba juga tetapi pastikan ikut langkah-langkah 

1. Remove these Smart Antivirus 2009 processes:
  • SmartAntivirus2009.exe
2. Remove these Smart Antivirus 2009 Registry files:
  • HKEY_CURRENT_USER\Software\Smart Antivirus 2009
  • HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run “Smart Antivirus-2009.exe”

3. Remove these Smart Antivirus 2009 files:

  • %UserProfile%\Desktop\Smart Antivirus-2009.lnk
  • %UserProfile%\Local Settings\Temp\win14_32.dll
  • %UserProfile%\Start Menu\Programs\Smart Antivirus 2009
  • %UserProfile%\Start Menu\Programs\Smart Antivirus 2009\Smart Antivirus-2009.lnk
  • %UserProfile%\Application Data\Microsoft\Internet Explorer\Quick Launch\Smart Antivirus-2009.lnk
  • c:\Program Files\Smart Antivirus 2009
  • c:\Program Files\Smart Antivirus 2009\Smart Antivirus-2009.exe
  • c:\Program Files\Smart Antivirus 2009\vscan.tsi
  • c:\Program Files\Smart Antivirus 2009\zlib.dll
  • c:\Program Files\Smart Antivirus 2009\Infected
  • c:\Program Files\Smart Antivirus 2009\Suspicious