INTERNET DAN KEGUNAANNYA
Internet ialah satu rangkaian komputer yang sangat luas dan besar. Ia meliputi sekumpulan komputer atau server saling berhubung diantara satu sama lain. Internet dihubungkan melalui kabel, satelite dan sebagainya. Segala-galanya boleh didapati diinternet kerana ia global. Semuanya perhubungan ini dihubungkan dengan satu protokol TCP/IP [Transfer Control Protocol/Internet Protocol]. Kegunaan Internet :-
- Tempat mencari maklumat
Kebanyakkan pengguna internet menggunakan internet sebagai tempat mencari maklumat. Pelbagai maklumat dapat dicapai dengan mudah dimana saja seluruh dunia. Pengguna dapat mencari maklumat menggunakan enjin carian dengan menaip kata kunci yang diinginkan. Anda juga boleh gunakan internet untuk membaca surat khabar secara online seperti diwebsite Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan lain-lain.
- Perhubungan
Pengguna juga boleh menggunakan mel-elektronik [e-mail] sebagai perhubungan diantara satu sama lain. E-mail menggantikan kaedah lama penghantaran surat kerana ianya percuma, murah dan cepat. Pengguna juga boleh berhubung atau berbual dengan menggunakan IRC [Internet Relay Chat]. Aplikasi ini cukup digemari oleh pengguna seluruh dunia kerana pengguna hanya perlu berinteraksi dengan keyboard menggantikan perbualan menggunakan telepon.
- Hiburan
Ini juga adalah salah satu kegunaan internet yang amat digemari oleh pengguna internet. Pengguna boleh mendapat maklumat tentang hiburan seperti maklumat filem, album dan sebagainya. Tetapi keseluruhan pengguna internet lebih gemar men’download ‘ elemen-elemen hiburan seperti mp3, videoklip diyoutube, permainan video [games].
- Memulakan dan Memajukan Perniagaan
Diinternet juga pengguna boleh berniaga. Pengguna boleh memulakan perniagaan walaupun tiada produk sendiri. Bagi yang sudah mempunyai perniagaan sendiri, anda boleh memajukan atau mengembangkan perniagaan anda diinternet. Perniagaan Internet di Malaysia masih baru dan anda belum terlambat untuk memajukan perniagaan anda. Sebagai contoh anda boleh membuat pengiklanan tentang perniagaan anda diinternet.
- Lain-lain
*Forum – Pengguna dapat berbincang sesuatu topik bersama.
*Blog – Menulis Blog, mengemaskini blog peribadi, membuat blog info, blog perniagaan, friendster dan myspace.
*Perbankan online – mengggunakan perbankan online [maybank2u] untuk pembayaran bil.
*Mencari Pendapatan Sampingan.
Apa-apa pun kegunaan internet, ia lebih bagus jika anda menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.
MENINGKATKAN KELAJUAN PELAYAR WEB/INTERNET BROWSER
Pelayar web [ Internet Browser ] ialah satu perisian dimana ia membolehkan atau memudahkan anda untuk mencapai, mengakses, memaparkan kandungan Internet seperti isi kandungan dalam KOLEKSI BLOG MALAYSIA ini. Sekiranya anda hendak belayar keluar negara mesti ada kenderaan untuk sampai kedestinasi yang dituju. Pelayar web ini ibarat kenderaan.
Kegunaan lain bagi Pelayar Web juga membolehkan anda memindahkan terima [ download ] kandungan internet yang bercirikan seperti animasi, bunyi, video dan gambar dari satu laman web. Terdapat banyak jenis Pelayar Web pada masa kini seperti Opera, Internat Explorer, Mozilla Firefox, Netscape Navigator, Ace Explorer, NetCaptor, MyIE2 Online yang mempunyai kelebihan dan kelajuan tersendiri.
Mungkin anda pernah melihat mesej error ini. Mesej error ini selalunya akan terjadi apabila anda memasang [install] atau membuang [uninstall] sesuatu perisian. Mesej error ini merujuk kepada enjin VBScript pada masa pemasangan sesuatu perisian tidak didaftarkan lagi pada mesin atau komputer anda.

Cara penyelesaian bagi masalah ini ialah : -
Enjin VBScript ini boleh didaftarkan dengan beberapa langkah mudah :-
1. Buka Command Prompt [ cmd.exe ]
2. Sekiranya anda menggunakan Windows versi 32-bit,
Taipkan cd%windir%system32 pada Command Prompt dan kemudian tekan Enter.
3. Sekiranya anda menggunakan Windows versi 62-bit,
Taipkan cd %windir%\system64 pada Command Prompt dan kemudian tekan Enter.
4. Taip regsvr32 vbscript.dll pada Command Prompt dan kemudian tekan Enter.
INTERNAL SERVER ERROR

Mungkin anda pernah melihat perkataan ini, Internal Server Error. Sebenarnya Internal Server Error ini ralat yang memberitahu anda server bagi laman web tersebut atau blog tersebut mempunyai masalah teknikal atau mungkin dalam membaik pulih. Jadi anda tak perlu risau mengenainya.
INTERNET EXPLORER ERROR MESSAGES
Mengenal ralat internet sesuatu laman web, ada beberapa mesej ralat yang anda perlu tahu ketika melayari internet. Ia terjadi apabila anda ingin melayari sesebuah laman web. Berikut adalah beberapa ralat untuk rujukan anda.
- 401 Unauthorized
Anda gagal cuba mengakses sesebuah laman web. Mungkin anda bukan seorang pelawat berdaftar bagi laman web tersebut. Sekiranya anda bukan ahli berdaftar, ia terjadi apabila kata laluan yang dimasukkan tidak betul. Jika anda ahli berdaftar, cuba sekali lagi masukkan kata laluan dan anda perlu mengambil kira kata laluan [ sensitif ] seperti huruf besar.
- 400 Bad File Request
Ini selalunya terjadi apabila sintaksis digunakan dalam url adalah tidak betul [ eg. huruf besar anda tukar jadi huruf kecil dan salah tanda baca ]. Semak alamat url, pastikan alamat url yang anda taip betul.
- 404 File Not Found
Ralat ini disebabkan laman web yang cuba anda layari tidak wujud. Anda perlu memastikan samada url yang anda taip itu betul. Anda boleh refesh page. Jika tidak berjaya anda boleh guna nama domain saja untuk carian. Contohnya www.broadcastyourpost.com/blog, anda padamkan sambungan selepas nama domain www.broadcastyourpost.com anda boleh mencari fail yang dikehendaki melalui link terletak pada laman web tersebut.
- 408 Request Timeout
Anda memberhentikan permintaan pada server sebelum server sempat menjumpai fail yang anda request. Anda tekan butang stop sebelum page yang anda request dipaparkan.
- Bad File Request
Server tidak dapat mentafsirkan borang yang hendak diproses. Biasanya terjadi ketika mengisi borang. Kemungkinan pelayar @ browser anda tidak menyokong aplikasi borang tersebut. Bagi kes ini, anda boleh menghantar message kepada webmaster laman web tersebut dan memberitahu masalah ternikal yang berlaku beserta pelayar yang anda guna ketika itu.
SENAMAN RINGAN BAGI PENGGUNA KOMPUTER
Lakukan senaman ini selama 4 minit, setiap 2 atau 3 jam selepas menggunakan komputer atau lakukannya sekiranya anda sudah berasa letih. Senaman ini boleh mencergaskan kembali diri anda, dan mengembalikan kesihatan anda, pengaliran darah menjadi lancar serta otot-otot menjadi longgar.
Insya’Allah anda tidak akan berada dalam keadaan stress.
